Borang Pendaftaran Umrah Eiman Travel
Borang Pendaftaran Ramadhan 2018
Borang Badal Haji
Dokumen Visa
Para jemaah diminta menyediakan dokumen berikut :
-
Passport Antarabangsa yang masih sah selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
-
Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm.berlatar belakang putih dan saiz muka 80%. Bertudung hitam bagi wanita dan tidak berkopiah bagi lelaki.
-
Buku/surat suntikan meningitis ACYW135 akan diperoleh selepas mendapat suntikan vaksin umrah di mana-mana klinik berdekatan.
-
Kos suntikan adalah atas tanggungan sendiri.
-
Bagi wanita bawah 45 tahun dan lelaki bawah 18 tahun, wajib memberikan dokumen sokongan yang membuktikan pertalian mahram.
​
​
Dokumen Sokongan Visa Umrah
Pergi bersama mahram
-
Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin (COP JAIS & WISMA PUTRA)
-
Bagi wanita yang bermahramkan bapanya – Salinan sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA)
-
Bagi wanita yang bermahramkan adik beradik lelaki – Salinan kad pengenalan adik beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-duanya (COP JPN & WISMA PUTRA)
-
Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – salinan sijil lahir anak lelaki tersebut (COP JPN & WISMA PUTRA)
Mahram bersama bapa tiri (yang belum berkahwin)
-
LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
-
Salinan kad pengenalan bapa kandung/ adik beradik kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
-
Salinan sijil lahir anak tiri (COP JPN & WISMA PUTRA)
-
Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
-
Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia , SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
Mahram bersama bapa tiri (yang sudah berkahwin)
-
LETTER OF CONSENT dari suami (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
-
Salinan sijil nikah (COP JAWI & WISMA PUTRA)
-
Salinan kad pengenalan suami (COP JPN & WISMA PUTRA)
-
Salinan sijil lahir anak tiri (COP JPN & WISMA PUTRA)
-
Salinan surat hak jagaan dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
-
Jika suami tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
Mahram bersama bapa saudara (sebelah bapa)
-
LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/ adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
2. Salinan sijil lahir anak, bapa kandung dan bapa saudara/ adik beradik lelaki kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
3. Salinan kad pengenalan bapa kandung/ adik beradik lelaki kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
4. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
5. Jika mahram bersama bapa saudara sebelah ibu, ibunya perlu pergi bersama bermahramkan adik beradik.
Mahram bersama bapa angkat (bin dengan nama bapa angkat)
-
Salinan surat pengambilan anak angkat (COP WISMA PUTRA)
-
Salinan surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
Mahram bersama bapa angkat (bin dengan nama lain)
-
Salinan surat pengambilan anak angkat (COP WISMA PUTRA)
-
Salinan surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
-
Salinan surat perintah mahkamah (COP WISMA PUTRA)
Bagi Muallaf yang pergi bersama suami/ adik beradik lelaki kandung
-
Salinan kad/ surat memeluk agama islam
-
Salinan sijil nikah/ salinan sijil lahir kedua-duanya
Warganegara asing ;
-
Salinan permit kerja / visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan atau salinan kad pengenalan.
-
Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen di atas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara.
-
Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh majikannya.
-
Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada majikan tempat kerja.
-
Jika passport Indonesia/ Thailand/ Filipina/ Pakistan SUAMI ISTERI memiliki permastautin tetap(PR) salinan sijil nikah (luar dari Malaysia) perlu diendorsed di KEDUTAAN & WISMA PUTRA.
​
​